Celik Sains
Blog Celik Sains ini dibina untuk mempelbagaikan lagi rujukan Sains secara atas talian bagi guru dan pelajar-pelajar sekolah rendah khususnya. Ia merangkumi tajuk-tajuk yang terdapat dalam sukatan pembelajaran di sekolah. Kandungan blog ini lebih kepada kompilasi maklumat seperti nota, latihan mahupun video untuk memberikan lebih kefahaman kepada para pembaca. Ia diharap dapat membantu dan memberi manfaat kepada semua untuk memahami dunia sains dengan lebih mendalam.
Search This Blog
Friday 23 August 2013
Fasa-Fasa Bulan
2.
Fasa-Fasa Bulan
Tahun : Tahun 5
Tema :
Menyiasat Bumi dan Alam semesta
Tajuk :
Bumi, Bulan dan Matahari
Sub-tajuk : Fasa-fasa
bulan.
1. Bulan juga dikenali sebagai satelit semulajadi bagi bumi.
2. Bulan bukan merupakan sebuah bintang mahupun planet
kerana
bulan tidak menghasilkan cahaya sendiri.
3. Bulan kelihatan terang pada waktu malam kerana
memantulkancahaya daripada matahari ke bumi.
4. Rajah 1 menunjukkan bulan memantulkan cahaya matahari.
5. Pada waktu siang, kita tidak melihat bulan dengan jelas di
langit. Ini adalah kerana cahaya dari matahari adalah terlalu terang berbandong
cahaya yang dipantulkan oleh bulan.
B. Fasa-fasa Bulan
1. Apabila bulan bergerak
mengelilingi Bumi, bentuk Bulan akan kelihatan berbeza-beza kerana kedudukan
relatif Bumi dan Matahari kepada bulan.
2. Bulan tidak
mengeluarkan cahaya. Ia hanya memantulkan cahaya daripada Matahari. Walaupun
Bulan kelihatan bercahaya di langit malam, bentuknya berbeza-beza dari semasa
ke semasa.Kadangkala bentuknya bulat, separuh bulat atau berbentuk sabit.Malah
pada sesetengah malam, Bulan langsung tidak kelihatan di langit.
3. Bentuk-bentuk Bulan yang berlainan itu dikenali sebagai fasa Bulan. Semasa Bulan mengorbit Bumi, bahagian yang disinari Matahari, iaitu bahagian yang kita lihat akan melalui suatu tempoh perubahan atau fasa. Fasa Bulan terjadi kerana luas permukaan Bulan yang memantulkan cahaya ke Bumi adalah berbeza dari semasa ke semasa.Bulan mengambil masa 29 hari untuk melengkapkan satu siri fasa.
3. Bentuk-bentuk Bulan yang berlainan itu dikenali sebagai fasa Bulan. Semasa Bulan mengorbit Bumi, bahagian yang disinari Matahari, iaitu bahagian yang kita lihat akan melalui suatu tempoh perubahan atau fasa. Fasa Bulan terjadi kerana luas permukaan Bulan yang memantulkan cahaya ke Bumi adalah berbeza dari semasa ke semasa.Bulan mengambil masa 29 hari untuk melengkapkan satu siri fasa.
4. Oleh itu, kita boleh melihat pelbagai bentuk
Bulan pada setiap malam, Fenomena ini dipanggil sebagai fasa Bulan.
Fasa Bulan terdiri daripada
a. anak Bulan
b. Bulan sabit
c. Bulan separa
d. Bulan purnama.
5. Anak Bulan berlaku apabila permukaan
Bulan yang gelap
menghadap Bumi. Jadi, Bulan kelihatan gelap dan tidak dapat
dilihat di langit malam.
6. Fasa Bulan selepas anak bulan ialah bulan sabit baru. Pada masa ini hanya sebahagian kecil permukaan bulan yang diterangi oleh cahaya Matahari yang menghadap Bumi.
7. semakin lama, semakin besar permukaan Bulan yang diterangi oleh cahaya Matahari menghadap Bumi. Jadi fasa Bulan beransur-ansur beralih ke Bulan separa, purnama Baru dan akhir sekali Bulan Purnama.
8. Manakala semasa Bulan Purnama berlaku , keseluruhan bahagian terang permukaan Bulan menghadap Bumi.
9. Kemudian, semakin lama,semakin kecil permukaan Bulan yang diterangi cahaya Matahari menghadap Bumi. Jadi fasa Bulan beralih ke purnama lama,Bulan separa dan Bulan Sabit lama.
10. Tempoh masa untuk satu urutan fasa Bulan yang lengkap ialah 29 hari. Urutan fasa ini akan berulang semula secara seragam.
dilihat di langit malam.
6. Fasa Bulan selepas anak bulan ialah bulan sabit baru. Pada masa ini hanya sebahagian kecil permukaan bulan yang diterangi oleh cahaya Matahari yang menghadap Bumi.
7. semakin lama, semakin besar permukaan Bulan yang diterangi oleh cahaya Matahari menghadap Bumi. Jadi fasa Bulan beransur-ansur beralih ke Bulan separa, purnama Baru dan akhir sekali Bulan Purnama.
8. Manakala semasa Bulan Purnama berlaku , keseluruhan bahagian terang permukaan Bulan menghadap Bumi.
9. Kemudian, semakin lama,semakin kecil permukaan Bulan yang diterangi cahaya Matahari menghadap Bumi. Jadi fasa Bulan beralih ke purnama lama,Bulan separa dan Bulan Sabit lama.
10. Tempoh masa untuk satu urutan fasa Bulan yang lengkap ialah 29 hari. Urutan fasa ini akan berulang semula secara seragam.
Gambar diatas adalah kitaran lengkap bagi bulan yang berulang selama
29 hari bersamaan satu bulan. Kitaran lengkap bagi fasa bulan adalah apabila
anak bulan ke bulan purnama dan kembali ke anak bulan.
Fasa-Fasa Bulan
|
Ciri-Ciri
|
1. Anak Bulan
|
·
Bulan berada di antara Matahari dan Bumi
·
Bahagian Bulan yang tidak diterangi cahaya matahari
mengadap Bumi.
·
Bulan tidak dapat dilihat dari Bumi.
|
2. Bulan Sabit Baru
|
·
Bahagian kanan Bulan disinari cahaya matahari.
·
Bahagian yang disinari cahaya semakin bertambah
memasuki fasa seterusnya.
·
Fasa ini berlaku antara anak Bulan dan bulan separa.
|
3. Bulan Separa
(suku pertama)
|
·
Separuh daripada Bulan iaitu bahagian sebelah kanan di
sinari cahaya Matahari.
·
Bahagian yang disinari cahaya semakin bertambah
memasuki fasa seterusnya.
|
4. Purnama Baru
|
·
Lebih daripada separuh Bulan pada bahagian sebelah
kanan diterangi cahaya matahari.
·
Bahagian yang diterangi cahaya matahari semakin
bertambah memasuki fasa seterusnya.
|
5. Bulan purnama
penuh
|
·
Bulan diterangi cahaya matahari sepenuhnya.
·
Bahagian yang diterangi cahaya matahari mengadap Bumi.
·
Bulan dapat dilihat dalam bentuk bulatan dari Bumi.
|
6. Purnama Lama
|
·
Lebih daripada separuh Bulan iaitu pada sebelah kiri
diterangi cahaya matahari.
·
Bahagian yang diterangi cahaya matahari semakin
berkurangan.
|
7. Bulan Separa
(suku akhir)
|
·
Separuh daripada di bahagian kiri diterangi cahaya
matahari.
·
Bahagian yang diterangi cahaya matahari semakin
berkurangan memasuki fasa seterusnya.
|
8. Bulan Sabit Lama
|
·
Kurang daripada separuh pada bahagian kiri Bulan
diterangi cahaya matahari.
·
Bahagian yang diterangi cahaya semakin berkurangan.
|
c. Takwim
Qamari
Kejadian fasa Bulan digunakan untuk menentukan masa dalam takwim Qamari. Secara umumnya,kemunculan fasa Bulan berdasarkan takwim Qamari adalah seperti berikut:
Anak Bulan
Hari Pertama
|
Bulan separa
Hari ke 7
|
Bulan Purnama
Hari ke 14/15
|
Bulan separa
Hari ke 21
|
anak Bulan
hari terakhir
|
29.53 hari
|
D. Keindahan
Sinaran Bulan
1. Bayangkan keadaan langit malam sekiranya tidak ada Bulan. Langit akan kelihatan gelap gelita. Ia akan memberi kesukaran kepada kita terutamanya pada zaman dahulu dimana penggunaan lampu suluh belum lagi dicipta. Malam akan terasa sunyi dan sepi.
2. Kita seharusnya
bersyukur dan menghargai kehadiran Bulan yang bercahaya di langit malam. Kita
seharusnya menjaga keindahan alam ini agar dapat dikekalkan kepada generasi
akan datang.
3. Sinaran
Bulan di langit malam yang gelap sememangnya indah. Seseorang yang merenung ke
langit malam yang diterangi oleh sinaran Bulan akan beras aman,tenang dan
menyedari kebesaran Tuhan yang mencipta alam ini.
Tuesday 20 August 2013
Buruj
1. Jom Mengenali Buruj
Tahun : Tahun 5
Tema : Menyiasat Bumi dan Alam Semesta
Tajuk : Buruj
A. Apakah itu buruj?
Buruj merupakan sekumpulan bintang-bintang yang membentuk suatu bentuk, imej atau corak dilangit. Dalam erti kata lain buruj-buruj ini terdiri daripada beberapa buah bintang yang berdekatan bagi menghasilkan sebuah corak yang menarik. Buruj ini boleh dilihat pada waktu malam di ruang angkasa. Bintang-bintang ini memancarkan cahaya yang sangat terang menyebabkan bintang-bintang ini boleh dilihat di bumi. Kesatuan Astronomi Antarabangsa telah menjumpai dan menamakan kira-kira 88 buruj.
B. Apakah nama-nama buruj?
Terdapat empat jenis buruj yang popular dan boleh dilihat jelas dilangit pada waktu malam.
1. Buruj Biduk
2. Buruj Belantik
3. Buruj Pari
4. Buruj skorpio
keempat buruj ini merupakan yang paling terang antara buruj-buruj yang lain. kita tidak boleh melihat kesemua buruj pada satu masa yang sama atau pada satu malam. Sebaliknya sesuatu buruj mempunyai masa tertentu untuk muncul di ruang angkasa langit.
Tahukah anda apakah sebabnya?.
Ini adalah kerana kedudukan buruj-buruj ini sentiasa berubah mengikut putaran bumi yang berputar pada paksinya dan mengikit peredaran bumi yang beredar mengelilingi orbitnya.
C. Apakah ciri-ciri buruj?
1. Biduk(Big Dipper)
Buruj Biduk |
2. Buruj Belantik(Orian)
Buruj Belantik di langit |
D. Apakah kepentingan buruj-buruj dalam kehidupan seharian?
Pada zaman dahulu sebelum penciptaan kompas dan alat penunjuk arah moden, buruj digunakan oleh pelayar, jurumudi dan pengembara bagi membantu mereka menunjukkan arah yang betul.
Buruj
|
Arah
|
Biduk
|
Utara
|
Belantik
|
Utara
|
Pari
|
Selatan
|
Selain itu, sebelum wujudnya kalender buruj digunakan secara meluas dalam pertanian oleh petani untuk mengenal pasti musim menanam tanaman dan menuai. Kini, ahli astronomi menggunakan buruj sebagai rujukan untuk mengkaji kedudukan dan mengenal pasti bintang-bintang di alam semester.
MUSIM
|
BURUJ
YANG DAPAT DILIHAT
|
Musim Bunga
|
Biduk
|
Musim Panas
|
Skorpio
|
Musim Luruh
|
Akuarius
|
Musim Sejuk
|
Belantik
|
Video 1 : Lagu Buruj
Latihan Pengayaan
1. Apakah itu Buruj?
______________________________________________________________________________
2. Namakan empat buruj yang boleh dilihat dengan jelas dari Bumi?
*__________________________
*__________________________
*__________________________
*__________________________
3. Apakah kepentingan buruj kepada manusia?
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
Pautan dan Link tambahan mengenai tajuk Buruj:
Adik-adik boleh menekan link dibawah ini jika ingin membuat bacaan
http://aizanurhakim.webs.com/
http://lestarisains.blogspot.com/2011/10/buruj-constellations-are-group-of-stars.html
http://imzaroncikgusains.blogspot.com/search/label/Alam%20semesta%20-%20Bulan%20Bumi
Monday 19 August 2013
Sekapur Sirih
Rajin-rajin membaca "Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya" |
Assalamualaikum dan selamat datang ke Blog Celik Sains..
Blog ini
diwujudkan bersempena mengikuti trend pembelajaran masa kini sejajar dengan
perubahan dalam corak pembelajaran murid. Ia juga sebagai satu inovasi dalam
dunia pendidikan kepada para pendidik. Blog ini memuatkan isi kandungan,
nota dan video yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Sains Sekolah Rendah untuk
mengalakkan pengajaran dan pembelajaran guru dan murid memahami dunia sains
sekolah rendah.
Diharapkan segala pengkongsian ilmu dan maklumat di blog ini
memberi manfaat kepada semua dan diterima sebagai satu kebajikan
disisi-Nya.Terima kasih atas kesudian meluangkan masa melayari dan membaca
penulisan di blog ini.
Teruskan melayari dan menyokong Celik Sains :-)
Murid Itu Amanah Rasul Pada Seorang Guru
Daripada Abi Harun Al Abdi r.a berkata: Kami sering datang menemui Abi Said Al Khudri r.a, lalu beliau berkata:
Selamat datang wasiat Rasulullah s.a.w, kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda bagi kami :
"Sesungguhnya umat manusia akan datang mengikuti kamu. Dan sesungguhnya
orang ramai akan datang menemui kamu dari seluruh dunia. Mereka datang
untuk belajar ilmu agama daripada kamu. Oleh itu, apabila mereka
datang,maka wasiat ku pada kamu hendaklah kamu melayani mereka dengan
baik"
Subscribe to:
Posts (Atom)