Search This Blog

Tuesday 20 August 2013

Buruj

1. Jom Mengenali Buruj

Tahun  : Tahun 5
Tema   : Menyiasat Bumi dan Alam Semesta
Tajuk   : Buruj

A. Apakah itu buruj?

Buruj merupakan sekumpulan bintang-bintang yang membentuk suatu bentuk, imej atau corak dilangit. Dalam erti kata lain buruj-buruj ini terdiri daripada beberapa buah bintang yang berdekatan bagi menghasilkan sebuah corak yang menarik. Buruj ini boleh dilihat pada waktu malam di ruang angkasa. Bintang-bintang ini memancarkan cahaya yang sangat terang menyebabkan bintang-bintang ini boleh dilihat di bumi. Kesatuan Astronomi Antarabangsa telah menjumpai dan menamakan kira-kira 88 buruj.

B. Apakah nama-nama buruj?

Terdapat empat jenis buruj yang popular dan boleh dilihat jelas dilangit pada waktu malam.
     1. Buruj Biduk
     2. Buruj Belantik
     3. Buruj Pari
     4. Buruj skorpio

keempat buruj ini merupakan yang paling terang antara buruj-buruj yang lain. kita tidak boleh melihat kesemua buruj pada satu masa yang sama atau pada satu malam. Sebaliknya sesuatu buruj mempunyai masa tertentu untuk muncul di ruang angkasa langit. 

Tahukah anda apakah sebabnya?. 

Ini adalah kerana kedudukan buruj-buruj ini sentiasa berubah mengikut putaran bumi yang berputar pada paksinya dan mengikit peredaran bumi yang beredar mengelilingi orbitnya. 

C. Apakah ciri-ciri buruj?

1. Biduk(Big Dipper)

Buruj Biduk

Buruj biduk dilangit

+ Sekumpulan tujuh bintang yang membentuk corak seperti pencedok air
+ Dua biji bintang pada muncung pencedok itu sentiasa menunjukkan ke arah utara
+ biduk  boleh dilihat di hemisfera utara
+ Biduk dapat dilihat antara bulan April dan Julai antara
pukul 8.00 malam hingga 10.00 malam.

2. Buruj Belantik(Orian)

Buruj Belantik di langit

Buruj Belantik

+ Sekumpulan bintang yang membentuk corak seperti seorang pemburu
+ Belantik adalah buruj yang terbesar di alam semester
+ Garisan yang menyambungkan bintang di tengah tali pinggang
ke kepala sentiasa menunjukkan ke arah utara.
+ Belantik boleh dilihat di hemisfera utara dan hemisfera selatan.
+ Belantik dapat dilihat antara bulan disember hingga februari,
antara pukul 8.00 malam hingga 10.00 malam.





3. Buruj Pari (Southern Cross)





* Sekumpulan empat bintang yang membentuk corak pedang
* Dikenali sebagai buruj yang paling kecil tetapi paling mudah dikenali.
*Satu bintang yang paling terang pada kaki Pari biasanya menunjukkan arah  selatan.
* Pari hanya dapat dilihat pada hemisfera selatan.
* Pari dapt dilihat antara bulan April hingga Jun, antara pukul 8.00 malam hingaa 10.00 malam.

4. Buruj Skorpio(Scorpion)




* Sekumpulan bintang yang membentuk corak seekor kala jenking
* Skorpio dapt dilihat di hemisfera selatan.
* Skorpio dapat dilihat antara bulan Jun dan Ogos antara pukul 8.00 malam hingga 10.00 malam.

D. Apakah kepentingan buruj-buruj dalam kehidupan seharian?

Pada zaman dahulu sebelum penciptaan kompas dan alat penunjuk arah moden, buruj digunakan oleh pelayar, jurumudi dan pengembara bagi membantu mereka menunjukkan arah yang betul. 

Buruj
Arah
Biduk
Utara
Belantik
Utara
Pari
Selatan

Selain itu, sebelum wujudnya kalender buruj digunakan secara meluas dalam pertanian oleh petani untuk mengenal pasti musim menanam tanaman dan menuai. Kini, ahli astronomi menggunakan buruj sebagai rujukan untuk mengkaji kedudukan dan mengenal pasti bintang-bintang di alam semester.

MUSIM
BURUJ YANG DAPAT DILIHAT

Musim Bunga
Biduk
Musim Panas
Skorpio
Musim Luruh
Akuarius
Musim Sejuk
Belantik


Video 1 : Lagu Buruj

Latihan Pengayaan

1. Apakah itu Buruj?

______________________________________________________________________________

2. Namakan empat buruj yang boleh dilihat dengan jelas dari Bumi?

*__________________________
*__________________________
*__________________________
*__________________________

3. Apakah kepentingan buruj kepada manusia?

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

Pautan dan Link tambahan mengenai tajuk Buruj:
Adik-adik boleh menekan link dibawah ini jika ingin membuat bacaan

http://aizanurhakim.webs.com/
http://lestarisains.blogspot.com/2011/10/buruj-constellations-are-group-of-stars.html
http://imzaroncikgusains.blogspot.com/search/label/Alam%20semesta%20-%20Bulan%20Bumi

66 comments:

  1. Sangat bagus dan menarik... sy suka sy suka

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Cikgu..
    saya hendak tanya soalan..
    boleh ke kita nampak buruj ni kt Malaysia..
    ke buruj nie ada kat negara lain sahaja macam salji..

    ReplyDelete
  3. Terima Kasih azemir Ariffin..selalu selalu la mengunjungi blog ini.

    ReplyDelete
  4. Waalaikumsalam adik aloycious..
    terima kasih sebab bertanyakan soalan
    jawapannya: Ya, memang kita boleh melihat buruj-buruj ini di Malaysia
    tetapi hanya pada waktu malam..siang hari tak nampak kerana adanya cahaya matahari yang sangat terang..
    jika kamu ingin melihat buruj di rumah..perkara pertama yang kamu harus buat ialah berada di kawasan lapang pada waktu malam.
    kemudian kamu harus mengecam gugusan bintang yang terdapat dilangit itu menyerupai bentuk-bentuk yang cikgu nyatakan pada pengajaran diaatas.
    tetapi ingat..buruj ini bukan muncul setiap malam tetapi ada masa-masanya yang tertentu..adik boleh rujuk nota diatas untuk maklumat lebih lanjut.

    ReplyDelete
  5. sorry la soalan saya ni keluar topic
    tapi tadi saya ada ujian tahun 6
    sains
    die tanya
    musang mempunyai telinga yang kecil.bagaimanakah ciri khas ini boleh membuatkan ia tahan pada cuaca melampau
    musang kutub

    ReplyDelete
    Replies
    1. Telinga kecil pada musang Gurun digunakan untuk membebaskan haba dari badannya

      Delete
  6. kemanakah arah sebenar yang ditunjukkan oleh buruj skorpio...sesetengah buku mengatakan ke hemisfera utara dan sestengah lagi ke hemisfera selatan...keliru..

    ReplyDelete
  7. kemanakah arah sebenar yang ditunjukkan oleh buruj skorpio...sesetengah buku mengatakan ke hemisfera utara dan sestengah lagi ke hemisfera selatan...keliru..

    ReplyDelete
  8. musang telinga kecil menyebabkan haba kurang dibebaskan dibahagian telinga musang

    ReplyDelete
  9. musang telinga kecil menyebabkan haba kurang dibebaskan dibahagian telinga musang

    ReplyDelete
  10. Nyatakan satu kegunaan lain buruj selain petunjuk arah dan musim

    ReplyDelete
    Replies
    1. Petunjuk arah kiblat (buruj belantik)

      Delete
    2. Saya mudah dengan nota yang cikgu beri .😁😁

      Delete
  11. Assalamualaikum..cikgu
    Saya hendak tanya soalan....
    Cara yang mana lebih baik diantara menggunakan buruj atau kompas untuk menunjukkan arah.Terima kasih

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum..cikgu
    Saya hendak tanya soalan....
    Cara yang mana lebih baik diantara menggunakan buruj atau kompas untuk menunjukkan arah.Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua dua cara baik.menggunakan kompas lebih mudah kerana boleh digunakan pada bila bila masa sahaja.manakala semasa menggunakan buruj kita mesti berada dikawasan yang lapang seperti di padang pasir atau di lautan,buruj sukar dilihat jika kita berada di hutan..terima kasih kerana bertanya soalan

      Delete
  13. Guru di skolah sy dan buku teks memberitahu bahawa buruj pari adalah layang2..... bukan pedang... maaf jika terasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya..betul seperti layang layang..maaf atas kekhilafan

      Delete
    2. Memang ada dua tafsiran. Pedang betul, layang layangpun diterima.

      Delete
  14. Assalamualaikum cikgu. Bagaimanakah arah timur dan barat dpt ditentukan menggunakan buruj?

    ReplyDelete
  15. Apakah buruj yang muncul bagi menandakan musim menanam bermula?

    ReplyDelete
  16. Good one! Keep it up Cikgu!

    ReplyDelete
  17. Salam Cikgu.Bagaimana menentuan arah barat dengan menggunakan buruj pari.Terima kasih.

    ReplyDelete
  18. Assalammualaikum cikgu..buku adik saya ada soalan ug mengelirukan ..Buruj biduk dan pari digunakan utk mnentukn arah utara n selatan.bagaimanakah arah timur dan barat dapat ditentukan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di arah utara timur berada di sebelah kanan dan barat sebelah kiri manakala di arah selatan utara berada di arah kiri dan barat berada di arah kanan

      Delete
  19. Assalamualaikum.. bagaimnakah hndak mnentukan arah barat mnggunankan buruj pari?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Barat berada di arah kanan pada buruj pari

      Delete
  20. Assalamualaikum.. bagaimnakah hndak mnentukan arah barat mnggunankan buruj pari?

    ReplyDelete
  21. Cg soalan ni dia tanya adakah buruk-buruk dapat dilihat pada waktu siang? Lepastu dia suruh bagi alasan

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum, Izinkan saya bertanye. Buruj biduk Dan belantik menunjukkan arah selatan Dan utara. Bagaimanakah arah Timur Dan barat ditentukan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pemerhati perlu memandang ke arah selatan dan menentukan timur dan barat di sebelah kanan atau kiri pemerhati

      Delete
  23. Assalamualaikum..... nak tanya..... mengapakah buruj kadang kala tidak boleh dilihat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerana bumi beredar mengelilingi matahari kot

      Delete
    2. Mungkin kerana cuaca di bumi hujan dan langit dilindungi awan yang tebal

      Delete
  24. Nak tnya..kenapa rakyat Malaysia boleh melihat buruj yang kelihatan dikedua Dua hemisfera bumi

    ReplyDelete
    Replies
    1. pada pendapat saya,ini kerana malaysia berada di garisan khatulistiwa.

      Delete
  25. Saya nk tnya soalan..kenapa buruj tidak wujud di angkasa

    ReplyDelete
  26. cg saya nak tanya bagaimana buruj dinamakan?

    ReplyDelete
  27. Tak nmpk pun mcm mna arah timur dan barat ditentukan...

    ReplyDelete
  28. Cikgu saya nk tanya bilakah kita boleh lihat buruj biduk di langit sekiranya tinggal di london

    ReplyDelete
  29. Buruj biduk dan buruj pari .

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum cikgu, ciri ciri buruj biduk apa?

    ReplyDelete
  31. Boleh tak bagi jawapan....mengapakah buruj tidak kelihatan pada waktu sing

    ReplyDelete
  32. Kerana cahaya matahari menetupi bulan dan bintang

    ReplyDelete
  33. Bilakah buruj dapat diperhatikan dan di manakah buruj pari boleh diperhatikan????

    ReplyDelete
  34. Assalam cikgu..soalan ini dia tanya DALAM SATU PENYIASATAN LAIN, BURUJ TIDAK DAPAT DIPERHATIKAN PADA WAKTU MALAM...BERIKAN ALASAN...boleh saya tahu pendapat cikgu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin kerana keadaan dibumi hujan dan buruj dilindungi awan yang tebal

      Delete
  35. Ada tak buruj untuk petunjuk timur dan barat

    ReplyDelete
  36. Bagaimanakah arah timur dan barat dapat ditentukan?

    ReplyDelete
  37. Cikgu nak tanya...kan buruj biduk dgn buruj pari digunakn utk menentukan arah utara n selatan...camne arah timur dan arah barat dpt ditentukan?

    ReplyDelete
  38. Macam mane kalau melihat buruj yang mudah dilihat dari bumi

    ReplyDelete
  39. Terbaiklah cikgu☺️☺️☺️☺️☺️

    ReplyDelete
  40. Saya nak tanya soalan ni:
    Namakan peralatan moden yang digunakan sekarang untuk menggantikan buruj.

    ReplyDelete
  41. Play the Best Blackjack at Casinos in Maryland | Dr. Maryland
    What is the 익산 출장샵 best blackjack? · Blackjack: 울산광역 출장안마 7-8-10; 강원도 출장샵 Poker: 10-10-12-13 · Stud Poker: 20-22-25 · The Top Roulette 상주 출장샵 Casino: 20. 광주 출장샵

    ReplyDelete