Search This Blog

Friday 23 August 2013

Fasa-Fasa Bulan

2. Fasa-Fasa Bulan

Tahun            : Tahun 5
Tema              : Menyiasat Bumi dan Alam semesta
Tajuk              : Bumi, Bulan dan Matahari
Sub-tajuk      : Fasa-fasa bulan.


A. Bulan memantulkan cahaya dari matahari

1. Bulan juga dikenali sebagai satelit semulajadi bagi bumi.

2. Bulan bukan merupakan sebuah bintang mahupun planet 
kerana bulan tidak menghasilkan cahaya sendiri.

3. Bulan kelihatan terang pada waktu malam kerana memantulkancahaya daripada matahari ke bumi.


4. Rajah 1 menunjukkan bulan memantulkan cahaya matahari.

5. Pada waktu siang, kita tidak melihat bulan dengan jelas di langit. Ini adalah kerana cahaya dari matahari adalah terlalu terang berbandong cahaya yang dipantulkan oleh bulan.



B. Fasa-fasa Bulan

1. Apabila bulan bergerak mengelilingi Bumi, bentuk Bulan akan kelihatan berbeza-beza kerana kedudukan relatif Bumi dan Matahari kepada bulan.

2. Bulan tidak mengeluarkan cahaya. Ia hanya memantulkan cahaya daripada Matahari. Walaupun Bulan kelihatan bercahaya di langit malam, bentuknya berbeza-beza dari semasa ke semasa.Kadangkala bentuknya bulat, separuh bulat atau berbentuk sabit.Malah pada sesetengah malam, Bulan langsung tidak kelihatan di langit.

3. Bentuk-bentuk Bulan yang berlainan itu dikenali sebagai fasa Bulan. Semasa Bulan mengorbit Bumi, bahagian yang disinari Matahari, iaitu bahagian yang kita lihat akan melalui suatu tempoh perubahan atau fasa. Fasa Bulan terjadi kerana luas permukaan Bulan yang memantulkan cahaya ke Bumi adalah berbeza dari semasa ke semasa.Bulan mengambil masa 29 hari untuk melengkapkan satu siri fasa. 

4. Oleh itu, kita boleh melihat pelbagai bentuk Bulan pada setiap malam, Fenomena ini dipanggil sebagai fasa Bulan. 

Fasa Bulan terdiri daripada
a.  anak Bulan
b.  Bulan sabit
c.   Bulan separa
d.  Bulan purnama.

5. Anak Bulan berlaku apabila permukaan Bulan yang gelap 
menghadap Bumi. Jadi, Bulan kelihatan gelap dan tidak dapat 
dilihat di langit malam.



6. Fasa Bulan  selepas anak bulan ialah bulan sabit baru. Pada masa ini hanya sebahagian kecil permukaan bulan yang diterangi oleh cahaya Matahari yang menghadap Bumi.


7. semakin lama, semakin besar permukaan Bulan yang diterangi oleh cahaya Matahari menghadap Bumi. Jadi fasa Bulan beransur-ansur beralih ke Bulan separa, purnama Baru dan akhir sekali Bulan Purnama.

8. Manakala semasa Bulan Purnama berlaku , keseluruhan bahagian terang permukaan Bulan menghadap Bumi.

9. Kemudian, semakin lama,semakin kecil permukaan Bulan yang diterangi cahaya Matahari menghadap Bumi. Jadi fasa Bulan beralih ke purnama lama,Bulan separa dan Bulan Sabit lama.


10. Tempoh masa untuk satu urutan fasa Bulan yang lengkap ialah 29 hari. Urutan fasa ini akan berulang semula secara seragam.


Gambar diatas adalah kitaran lengkap bagi bulan yang berulang selama 29 hari bersamaan satu bulan. Kitaran lengkap bagi fasa bulan adalah apabila anak bulan ke bulan purnama dan kembali ke anak bulan.


Fasa-Fasa Bulan
Ciri-Ciri

1. Anak Bulan



·         Bulan berada di antara Matahari dan Bumi
·         Bahagian Bulan yang tidak diterangi cahaya matahari mengadap Bumi.
·         Bulan tidak dapat dilihat dari Bumi.
2. Bulan Sabit Baru

·         Bahagian kanan Bulan disinari cahaya matahari.
·         Bahagian yang disinari cahaya semakin bertambah memasuki fasa seterusnya.
·         Fasa ini berlaku antara anak Bulan dan bulan separa.
3. Bulan Separa
(suku pertama)


·         Separuh daripada Bulan iaitu bahagian sebelah kanan di sinari cahaya Matahari.
·         Bahagian yang disinari cahaya semakin bertambah memasuki fasa seterusnya.
4. Purnama Baru


·         Lebih daripada separuh Bulan pada bahagian sebelah kanan diterangi cahaya matahari.
·         Bahagian yang diterangi cahaya matahari semakin bertambah memasuki fasa seterusnya.
5. Bulan purnama penuh

·         Bulan diterangi cahaya matahari sepenuhnya.
·         Bahagian yang diterangi cahaya matahari mengadap Bumi.
·         Bulan dapat dilihat dalam bentuk bulatan dari Bumi.
6. Purnama Lama


·         Lebih daripada separuh Bulan iaitu pada sebelah kiri diterangi cahaya matahari.
·         Bahagian yang diterangi cahaya matahari semakin berkurangan.
7. Bulan Separa
(suku akhir)


·         Separuh daripada di bahagian kiri diterangi cahaya matahari.
·         Bahagian yang diterangi cahaya matahari semakin berkurangan memasuki fasa seterusnya.
8. Bulan Sabit Lama

·         Kurang daripada separuh pada bahagian kiri Bulan diterangi cahaya matahari.
·         Bahagian yang diterangi cahaya semakin berkurangan.

c. Takwim Qamari 

Kejadian fasa Bulan digunakan untuk menentukan masa  dalam takwim Qamari. Secara umumnya,kemunculan fasa Bulan berdasarkan takwim Qamari adalah seperti berikut:

Anak Bulan    
Hari Pertama     
Bulan separa
Hari ke 7             
Bulan Purnama  
Hari ke 14/15       
Bulan separa 
Hari ke 21         
anak Bulan
hari terakhir
29.53 hari


D. Keindahan Sinaran Bulan 

1. Bayangkan keadaan langit malam sekiranya tidak ada Bulan. Langit akan kelihatan gelap gelita. Ia akan memberi kesukaran kepada kita terutamanya pada zaman dahulu dimana penggunaan lampu suluh belum lagi dicipta.   Malam akan terasa sunyi dan sepi.  

2. Kita seharusnya bersyukur dan menghargai kehadiran Bulan yang bercahaya di langit malam. Kita seharusnya menjaga keindahan alam ini agar dapat dikekalkan kepada generasi akan datang.

3. Sinaran Bulan di langit malam yang gelap sememangnya indah. Seseorang yang merenung ke langit malam yang diterangi oleh sinaran Bulan akan beras aman,tenang dan menyedari kebesaran Tuhan yang mencipta alam ini.

Tuesday 20 August 2013

Buruj

1. Jom Mengenali Buruj

Tahun  : Tahun 5
Tema   : Menyiasat Bumi dan Alam Semesta
Tajuk   : Buruj

A. Apakah itu buruj?

Buruj merupakan sekumpulan bintang-bintang yang membentuk suatu bentuk, imej atau corak dilangit. Dalam erti kata lain buruj-buruj ini terdiri daripada beberapa buah bintang yang berdekatan bagi menghasilkan sebuah corak yang menarik. Buruj ini boleh dilihat pada waktu malam di ruang angkasa. Bintang-bintang ini memancarkan cahaya yang sangat terang menyebabkan bintang-bintang ini boleh dilihat di bumi. Kesatuan Astronomi Antarabangsa telah menjumpai dan menamakan kira-kira 88 buruj.

B. Apakah nama-nama buruj?

Terdapat empat jenis buruj yang popular dan boleh dilihat jelas dilangit pada waktu malam.
     1. Buruj Biduk
     2. Buruj Belantik
     3. Buruj Pari
     4. Buruj skorpio

keempat buruj ini merupakan yang paling terang antara buruj-buruj yang lain. kita tidak boleh melihat kesemua buruj pada satu masa yang sama atau pada satu malam. Sebaliknya sesuatu buruj mempunyai masa tertentu untuk muncul di ruang angkasa langit. 

Tahukah anda apakah sebabnya?. 

Ini adalah kerana kedudukan buruj-buruj ini sentiasa berubah mengikut putaran bumi yang berputar pada paksinya dan mengikit peredaran bumi yang beredar mengelilingi orbitnya. 

C. Apakah ciri-ciri buruj?

1. Biduk(Big Dipper)

Buruj Biduk

Buruj biduk dilangit

+ Sekumpulan tujuh bintang yang membentuk corak seperti pencedok air
+ Dua biji bintang pada muncung pencedok itu sentiasa menunjukkan ke arah utara
+ biduk  boleh dilihat di hemisfera utara
+ Biduk dapat dilihat antara bulan April dan Julai antara
pukul 8.00 malam hingga 10.00 malam.

2. Buruj Belantik(Orian)

Buruj Belantik di langit

Buruj Belantik

+ Sekumpulan bintang yang membentuk corak seperti seorang pemburu
+ Belantik adalah buruj yang terbesar di alam semester
+ Garisan yang menyambungkan bintang di tengah tali pinggang
ke kepala sentiasa menunjukkan ke arah utara.
+ Belantik boleh dilihat di hemisfera utara dan hemisfera selatan.
+ Belantik dapat dilihat antara bulan disember hingga februari,
antara pukul 8.00 malam hingga 10.00 malam.





3. Buruj Pari (Southern Cross)





* Sekumpulan empat bintang yang membentuk corak pedang
* Dikenali sebagai buruj yang paling kecil tetapi paling mudah dikenali.
*Satu bintang yang paling terang pada kaki Pari biasanya menunjukkan arah  selatan.
* Pari hanya dapat dilihat pada hemisfera selatan.
* Pari dapt dilihat antara bulan April hingga Jun, antara pukul 8.00 malam hingaa 10.00 malam.

4. Buruj Skorpio(Scorpion)




* Sekumpulan bintang yang membentuk corak seekor kala jenking
* Skorpio dapt dilihat di hemisfera selatan.
* Skorpio dapat dilihat antara bulan Jun dan Ogos antara pukul 8.00 malam hingga 10.00 malam.

D. Apakah kepentingan buruj-buruj dalam kehidupan seharian?

Pada zaman dahulu sebelum penciptaan kompas dan alat penunjuk arah moden, buruj digunakan oleh pelayar, jurumudi dan pengembara bagi membantu mereka menunjukkan arah yang betul. 

Buruj
Arah
Biduk
Utara
Belantik
Utara
Pari
Selatan

Selain itu, sebelum wujudnya kalender buruj digunakan secara meluas dalam pertanian oleh petani untuk mengenal pasti musim menanam tanaman dan menuai. Kini, ahli astronomi menggunakan buruj sebagai rujukan untuk mengkaji kedudukan dan mengenal pasti bintang-bintang di alam semester.

MUSIM
BURUJ YANG DAPAT DILIHAT

Musim Bunga
Biduk
Musim Panas
Skorpio
Musim Luruh
Akuarius
Musim Sejuk
Belantik


Video 1 : Lagu Buruj

Latihan Pengayaan

1. Apakah itu Buruj?

______________________________________________________________________________

2. Namakan empat buruj yang boleh dilihat dengan jelas dari Bumi?

*__________________________
*__________________________
*__________________________
*__________________________

3. Apakah kepentingan buruj kepada manusia?

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

Pautan dan Link tambahan mengenai tajuk Buruj:
Adik-adik boleh menekan link dibawah ini jika ingin membuat bacaan

http://aizanurhakim.webs.com/
http://lestarisains.blogspot.com/2011/10/buruj-constellations-are-group-of-stars.html
http://imzaroncikgusains.blogspot.com/search/label/Alam%20semesta%20-%20Bulan%20Bumi

Monday 19 August 2013

Sekapur Sirih

Rajin-rajin membaca
"Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya"


Assalamualaikum dan selamat datang ke Blog Celik Sains..




Blog ini diwujudkan bersempena mengikuti trend pembelajaran masa kini sejajar dengan perubahan dalam corak pembelajaran murid. Ia juga sebagai satu inovasi dalam dunia pendidikan kepada para pendidik.  Blog ini memuatkan isi kandungan, nota dan video yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Sains Sekolah Rendah untuk mengalakkan pengajaran dan pembelajaran guru dan murid memahami dunia sains sekolah rendah. 

Diharapkan segala pengkongsian ilmu dan maklumat di blog ini memberi manfaat kepada semua dan diterima sebagai satu kebajikan disisi-Nya.Terima kasih atas kesudian meluangkan masa melayari dan membaca penulisan di blog ini.

Teruskan melayari dan menyokong Celik Sains :-)



Murid Itu Amanah Rasul Pada Seorang Guru 



 Daripada Abi Harun Al Abdi r.a berkata: Kami sering datang menemui Abi Said Al Khudri r.a, lalu beliau berkata:
Selamat datang wasiat Rasulullah s.a.w, kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda bagi kami :
 

 "Sesungguhnya umat manusia akan datang mengikuti kamu. Dan sesungguhnya orang ramai akan datang menemui kamu dari seluruh dunia. Mereka datang untuk belajar ilmu agama daripada kamu. Oleh itu, apabila mereka datang,maka wasiat ku pada kamu hendaklah kamu melayani mereka dengan baik"