Search This Blog

Friday 23 August 2013

Fasa-Fasa Bulan

2. Fasa-Fasa Bulan

Tahun            : Tahun 5
Tema              : Menyiasat Bumi dan Alam semesta
Tajuk              : Bumi, Bulan dan Matahari
Sub-tajuk      : Fasa-fasa bulan.


A. Bulan memantulkan cahaya dari matahari

1. Bulan juga dikenali sebagai satelit semulajadi bagi bumi.

2. Bulan bukan merupakan sebuah bintang mahupun planet 
kerana bulan tidak menghasilkan cahaya sendiri.

3. Bulan kelihatan terang pada waktu malam kerana memantulkancahaya daripada matahari ke bumi.


4. Rajah 1 menunjukkan bulan memantulkan cahaya matahari.

5. Pada waktu siang, kita tidak melihat bulan dengan jelas di langit. Ini adalah kerana cahaya dari matahari adalah terlalu terang berbandong cahaya yang dipantulkan oleh bulan.



B. Fasa-fasa Bulan

1. Apabila bulan bergerak mengelilingi Bumi, bentuk Bulan akan kelihatan berbeza-beza kerana kedudukan relatif Bumi dan Matahari kepada bulan.

2. Bulan tidak mengeluarkan cahaya. Ia hanya memantulkan cahaya daripada Matahari. Walaupun Bulan kelihatan bercahaya di langit malam, bentuknya berbeza-beza dari semasa ke semasa.Kadangkala bentuknya bulat, separuh bulat atau berbentuk sabit.Malah pada sesetengah malam, Bulan langsung tidak kelihatan di langit.

3. Bentuk-bentuk Bulan yang berlainan itu dikenali sebagai fasa Bulan. Semasa Bulan mengorbit Bumi, bahagian yang disinari Matahari, iaitu bahagian yang kita lihat akan melalui suatu tempoh perubahan atau fasa. Fasa Bulan terjadi kerana luas permukaan Bulan yang memantulkan cahaya ke Bumi adalah berbeza dari semasa ke semasa.Bulan mengambil masa 29 hari untuk melengkapkan satu siri fasa. 

4. Oleh itu, kita boleh melihat pelbagai bentuk Bulan pada setiap malam, Fenomena ini dipanggil sebagai fasa Bulan. 

Fasa Bulan terdiri daripada
a.  anak Bulan
b.  Bulan sabit
c.   Bulan separa
d.  Bulan purnama.

5. Anak Bulan berlaku apabila permukaan Bulan yang gelap 
menghadap Bumi. Jadi, Bulan kelihatan gelap dan tidak dapat 
dilihat di langit malam.



6. Fasa Bulan  selepas anak bulan ialah bulan sabit baru. Pada masa ini hanya sebahagian kecil permukaan bulan yang diterangi oleh cahaya Matahari yang menghadap Bumi.


7. semakin lama, semakin besar permukaan Bulan yang diterangi oleh cahaya Matahari menghadap Bumi. Jadi fasa Bulan beransur-ansur beralih ke Bulan separa, purnama Baru dan akhir sekali Bulan Purnama.

8. Manakala semasa Bulan Purnama berlaku , keseluruhan bahagian terang permukaan Bulan menghadap Bumi.

9. Kemudian, semakin lama,semakin kecil permukaan Bulan yang diterangi cahaya Matahari menghadap Bumi. Jadi fasa Bulan beralih ke purnama lama,Bulan separa dan Bulan Sabit lama.


10. Tempoh masa untuk satu urutan fasa Bulan yang lengkap ialah 29 hari. Urutan fasa ini akan berulang semula secara seragam.


Gambar diatas adalah kitaran lengkap bagi bulan yang berulang selama 29 hari bersamaan satu bulan. Kitaran lengkap bagi fasa bulan adalah apabila anak bulan ke bulan purnama dan kembali ke anak bulan.


Fasa-Fasa Bulan
Ciri-Ciri

1. Anak Bulan



·         Bulan berada di antara Matahari dan Bumi
·         Bahagian Bulan yang tidak diterangi cahaya matahari mengadap Bumi.
·         Bulan tidak dapat dilihat dari Bumi.
2. Bulan Sabit Baru

·         Bahagian kanan Bulan disinari cahaya matahari.
·         Bahagian yang disinari cahaya semakin bertambah memasuki fasa seterusnya.
·         Fasa ini berlaku antara anak Bulan dan bulan separa.
3. Bulan Separa
(suku pertama)


·         Separuh daripada Bulan iaitu bahagian sebelah kanan di sinari cahaya Matahari.
·         Bahagian yang disinari cahaya semakin bertambah memasuki fasa seterusnya.
4. Purnama Baru


·         Lebih daripada separuh Bulan pada bahagian sebelah kanan diterangi cahaya matahari.
·         Bahagian yang diterangi cahaya matahari semakin bertambah memasuki fasa seterusnya.
5. Bulan purnama penuh

·         Bulan diterangi cahaya matahari sepenuhnya.
·         Bahagian yang diterangi cahaya matahari mengadap Bumi.
·         Bulan dapat dilihat dalam bentuk bulatan dari Bumi.
6. Purnama Lama


·         Lebih daripada separuh Bulan iaitu pada sebelah kiri diterangi cahaya matahari.
·         Bahagian yang diterangi cahaya matahari semakin berkurangan.
7. Bulan Separa
(suku akhir)


·         Separuh daripada di bahagian kiri diterangi cahaya matahari.
·         Bahagian yang diterangi cahaya matahari semakin berkurangan memasuki fasa seterusnya.
8. Bulan Sabit Lama

·         Kurang daripada separuh pada bahagian kiri Bulan diterangi cahaya matahari.
·         Bahagian yang diterangi cahaya semakin berkurangan.

c. Takwim Qamari 

Kejadian fasa Bulan digunakan untuk menentukan masa  dalam takwim Qamari. Secara umumnya,kemunculan fasa Bulan berdasarkan takwim Qamari adalah seperti berikut:

Anak Bulan    
Hari Pertama     
Bulan separa
Hari ke 7             
Bulan Purnama  
Hari ke 14/15       
Bulan separa 
Hari ke 21         
anak Bulan
hari terakhir
29.53 hari


D. Keindahan Sinaran Bulan 

1. Bayangkan keadaan langit malam sekiranya tidak ada Bulan. Langit akan kelihatan gelap gelita. Ia akan memberi kesukaran kepada kita terutamanya pada zaman dahulu dimana penggunaan lampu suluh belum lagi dicipta.   Malam akan terasa sunyi dan sepi.  

2. Kita seharusnya bersyukur dan menghargai kehadiran Bulan yang bercahaya di langit malam. Kita seharusnya menjaga keindahan alam ini agar dapat dikekalkan kepada generasi akan datang.

3. Sinaran Bulan di langit malam yang gelap sememangnya indah. Seseorang yang merenung ke langit malam yang diterangi oleh sinaran Bulan akan beras aman,tenang dan menyedari kebesaran Tuhan yang mencipta alam ini.

39 comments:

  1. Terima kasih sangat2... Nota nie sangat membantu saya n saya mudah nak faham tajuk nie

    ReplyDelete
  2. Sama-sama Azemir Ariffin..semoga kamu menjadi lebih cemerlang pada masa adakan datang.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. saya nak tanya satu soalan boleh tak??????

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas perkongsian nota yang cukup bermanfaat buat saya. Saya mudah faham dan mudah ingat nota ni kerana nota ni berwarna warni.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas perkongsian nota yang cukup bermanfaat buat saya. Saya mudah faham dan mudah ingat nota ni kerana nota ni berwarna warni.

    ReplyDelete
  7. Saya dapat soalan yang berkata " boleh lah denominator fasa Bulan di kampung Z berulang pada bulan detergents?" Saya menjawabya "ya" lalu dia suruh memberi kan alasan. Boleh saya tahu apekah jawapan nya ???

    ReplyDelete
  8. Sya mendapat soalan yang berkata " bolehkah fenomena fasa bulan di kampung Z berulang pada bulan seterusnya?" Saya menjawabya "ya" lalu dia suruh saya beri alasan. Apekah alasan Nye ?😭😭

    ReplyDelete
  9. Saya dapat soalan yang berkata " boleh lah denominator fasa Bulan di kampung Z berulang pada bulan detergents?" Saya menjawabya "ya" lalu dia suruh memberi kan alasan. Boleh saya tahu apekah jawapan nya ???

    ReplyDelete
  10. Bulan sabit berlaku Hari apa?

    ReplyDelete
  11. Ffdjofraihgdguoshgaoogsfuaohgstidokbxggdu


    Ggsohd6iorhowghiwbgdjfygf

    ReplyDelete
  12. OhgdjohgshajosgridipshgsilkhUlGsjgfgdjk
    Ggekogdyuoobsggduigyehdhi

    ReplyDelete
  13. Gyskggduogfduwouggdjigsihd feud gdjvgdiovxgusiggduidggdi
    Ggdjofrwohvioge
    Csuf
    Fudigc
    fzohffgydko
    Gsjixgdhid
    Hsiutiot
    Hif
    GdGod of
    Gduoift
    OgOGgsigdf
    Gdiogfhd
    Tywoggr
    Gdjgduiggd
    Gfjovgdjf
    Gduobeu
    Hdjof

    ReplyDelete
  14. G
    Vfuiegh
    Hdjug
    gduifdSugfs
    Drug
    Fxhiff
    Fxuhc
    Fdifg
    .guGuf

    Ytji.
    Ggi
    GuTurf big
    FtFd
    Tufhtuyi
    Gduihtd
    Gdiigg
    BhdBud hard
    Fdjiisohd
    Gyekftdjhc
    Gfgffcj
    Gudgf

    Hdhik
    Hfigrjdg
    fbjdgf
    Fdjuf
    I did
    Hxjiv
    Gdkhud
    Gjdifi3j
    Tueugg
    H
    Gudiigkg
    Gjfh
    Ggtkh
    Ugly
    Gfr
    Djgx
    Chxgx😱😱😱😱😱🍾🍾🍾ik

    ReplyDelete
  15. Terima kasih saya sudah faham

    ReplyDelete
  16. Apakah fasa bulan yang tidak dapat dilihat dari bumi?

    ReplyDelete
  17. Mengapakah fasa fasa bulan berlaku

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerana pergerakkan bulan mengelilingi bumi.😄

      Delete
  18. Hummmp.terima kasih sebab membantu ya mass

    ReplyDelete
  19. saya nak tanya fasa bulan penuh berlaku berapa kali dlm setiap bulan?




    tolong reply secepat mungkin

    ReplyDelete
  20. Berapa kali fasa bulan penuh berlaku dalam setiap bulan ??

    ReplyDelete
  21. Bulan tidak kelihatan waktu mlm.. Ramalkan ape yg berlaku pada ketika itu
    Mohan jawapan tq

    ReplyDelete
  22. Bulan tidak kelihatan waktu mlm, ramalkan ape yg berlaku pd ketika itu

    ReplyDelete
  23. Terima kasih 😁😁

    ReplyDelete
  24. Sebab letakkan nye di Google(saja jek) ckp

    ReplyDelete
  25. boleh sy nk tny "apkh kepentingan fasa-fasa pada zaman dulu?

    ReplyDelete
  26. Bulan mempunyai 28 fasa, kedudukan bulan dirasi bintang ada 28 fasa,yaitu aries,taurus,cemini,cancer,leo,virgo,libra,scorpiu,sagtarius, capricorn,dan Aquarius,boleh saya tahu kedudukan bulan 28 fasa antara 12 rasi bintang?

    ReplyDelete
  27. Soalan:

    Apakah kepentingannya kehadiran anak bulan dalam kalendar takwim qamari?

    Mohon dijawab ya😊

    ReplyDelete