1. Jom Mengenali Buruj
Tahun : Tahun 5
Tema : Menyiasat Bumi dan Alam Semesta
Tajuk : Buruj
A. Apakah itu buruj?
Buruj merupakan sekumpulan bintang-bintang yang membentuk suatu bentuk, imej atau corak dilangit. Dalam erti kata lain buruj-buruj ini terdiri daripada beberapa buah bintang yang berdekatan bagi menghasilkan sebuah corak yang menarik. Buruj ini boleh dilihat pada waktu malam di ruang angkasa. Bintang-bintang ini memancarkan cahaya yang sangat terang menyebabkan bintang-bintang ini boleh dilihat di bumi. Kesatuan Astronomi Antarabangsa telah menjumpai dan menamakan kira-kira 88 buruj.
B. Apakah nama-nama buruj?
Terdapat empat jenis buruj yang popular dan boleh dilihat jelas dilangit pada waktu malam.
1. Buruj Biduk
2. Buruj Belantik
3. Buruj Pari
4. Buruj skorpio
keempat buruj ini merupakan yang paling terang antara buruj-buruj yang lain. kita tidak boleh melihat kesemua buruj pada satu masa yang sama atau pada satu malam. Sebaliknya sesuatu buruj mempunyai masa tertentu untuk muncul di ruang angkasa langit.
Tahukah anda apakah sebabnya?.
Ini adalah kerana kedudukan buruj-buruj ini sentiasa berubah mengikut putaran bumi yang berputar pada paksinya dan mengikit peredaran bumi yang beredar mengelilingi orbitnya.
C. Apakah ciri-ciri buruj?
1. Biduk(Big Dipper)
Buruj Biduk |
2. Buruj Belantik(Orian)
Buruj Belantik di langit |
D. Apakah kepentingan buruj-buruj dalam kehidupan seharian?
Pada zaman dahulu sebelum penciptaan kompas dan alat penunjuk arah moden, buruj digunakan oleh pelayar, jurumudi dan pengembara bagi membantu mereka menunjukkan arah yang betul.
Buruj
|
Arah
|
Biduk
|
Utara
|
Belantik
|
Utara
|
Pari
|
Selatan
|
Selain itu, sebelum wujudnya kalender buruj digunakan secara meluas dalam pertanian oleh petani untuk mengenal pasti musim menanam tanaman dan menuai. Kini, ahli astronomi menggunakan buruj sebagai rujukan untuk mengkaji kedudukan dan mengenal pasti bintang-bintang di alam semester.
MUSIM
|
BURUJ
YANG DAPAT DILIHAT
|
Musim Bunga
|
Biduk
|
Musim Panas
|
Skorpio
|
Musim Luruh
|
Akuarius
|
Musim Sejuk
|
Belantik
|
Video 1 : Lagu Buruj
Latihan Pengayaan
1. Apakah itu Buruj?
______________________________________________________________________________
2. Namakan empat buruj yang boleh dilihat dengan jelas dari Bumi?
*__________________________
*__________________________
*__________________________
*__________________________
3. Apakah kepentingan buruj kepada manusia?
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
Pautan dan Link tambahan mengenai tajuk Buruj:
Adik-adik boleh menekan link dibawah ini jika ingin membuat bacaan
http://aizanurhakim.webs.com/
http://lestarisains.blogspot.com/2011/10/buruj-constellations-are-group-of-stars.html
http://imzaroncikgusains.blogspot.com/search/label/Alam%20semesta%20-%20Bulan%20Bumi
Sangat bagus dan menarik... sy suka sy suka
ReplyDeleteAssalamualaikum Cikgu..
ReplyDeletesaya hendak tanya soalan..
boleh ke kita nampak buruj ni kt Malaysia..
ke buruj nie ada kat negara lain sahaja macam salji..
diam kau bodo
Deletestepek
DeleteTerima Kasih azemir Ariffin..selalu selalu la mengunjungi blog ini.
ReplyDeleteWaalaikumsalam adik aloycious..
ReplyDeleteterima kasih sebab bertanyakan soalan
jawapannya: Ya, memang kita boleh melihat buruj-buruj ini di Malaysia
tetapi hanya pada waktu malam..siang hari tak nampak kerana adanya cahaya matahari yang sangat terang..
jika kamu ingin melihat buruj di rumah..perkara pertama yang kamu harus buat ialah berada di kawasan lapang pada waktu malam.
kemudian kamu harus mengecam gugusan bintang yang terdapat dilangit itu menyerupai bentuk-bentuk yang cikgu nyatakan pada pengajaran diaatas.
tetapi ingat..buruj ini bukan muncul setiap malam tetapi ada masa-masanya yang tertentu..adik boleh rujuk nota diatas untuk maklumat lebih lanjut.
sorry la soalan saya ni keluar topic
ReplyDeletetapi tadi saya ada ujian tahun 6
sains
die tanya
musang mempunyai telinga yang kecil.bagaimanakah ciri khas ini boleh membuatkan ia tahan pada cuaca melampau
musang kutub
Telinga kecil pada musang Gurun digunakan untuk membebaskan haba dari badannya
Deletekemanakah arah sebenar yang ditunjukkan oleh buruj skorpio...sesetengah buku mengatakan ke hemisfera utara dan sestengah lagi ke hemisfera selatan...keliru..
ReplyDeletehemisfera selatan
DeleteSelatan
Deletekemanakah arah sebenar yang ditunjukkan oleh buruj skorpio...sesetengah buku mengatakan ke hemisfera utara dan sestengah lagi ke hemisfera selatan...keliru..
ReplyDeleteHemisfera selatan
Deletemusang telinga kecil menyebabkan haba kurang dibebaskan dibahagian telinga musang
ReplyDeletemusang telinga kecil menyebabkan haba kurang dibebaskan dibahagian telinga musang
ReplyDeleteNyatakan satu kegunaan lain buruj selain petunjuk arah dan musim
ReplyDeletePetunjuk arah kiblat (buruj belantik)
DeleteSaya mudah dengan nota yang cikgu beri .😁😁
DeleteMemetakan langit
DeleteAssalamualaikum..cikgu
ReplyDeleteSaya hendak tanya soalan....
Cara yang mana lebih baik diantara menggunakan buruj atau kompas untuk menunjukkan arah.Terima kasih
Assalamualaikum..cikgu
ReplyDeleteSaya hendak tanya soalan....
Cara yang mana lebih baik diantara menggunakan buruj atau kompas untuk menunjukkan arah.Terima kasih
Dua dua cara baik.menggunakan kompas lebih mudah kerana boleh digunakan pada bila bila masa sahaja.manakala semasa menggunakan buruj kita mesti berada dikawasan yang lapang seperti di padang pasir atau di lautan,buruj sukar dilihat jika kita berada di hutan..terima kasih kerana bertanya soalan
DeleteGuru di skolah sy dan buku teks memberitahu bahawa buruj pari adalah layang2..... bukan pedang... maaf jika terasa
ReplyDeleteIya..betul seperti layang layang..maaf atas kekhilafan
DeleteMemang ada dua tafsiran. Pedang betul, layang layangpun diterima.
DeleteAssalamualaikum cikgu. Bagaimanakah arah timur dan barat dpt ditentukan menggunakan buruj?
ReplyDeleteApakah buruj yang muncul bagi menandakan musim menanam bermula?
ReplyDeleteGood one! Keep it up Cikgu!
ReplyDeleteSalam Cikgu.Bagaimana menentuan arah barat dengan menggunakan buruj pari.Terima kasih.
ReplyDeleteAssalammualaikum cikgu..buku adik saya ada soalan ug mengelirukan ..Buruj biduk dan pari digunakan utk mnentukn arah utara n selatan.bagaimanakah arah timur dan barat dapat ditentukan?
ReplyDeleteDi arah utara timur berada di sebelah kanan dan barat sebelah kiri manakala di arah selatan utara berada di arah kiri dan barat berada di arah kanan
DeleteAssalamualaikum.. bagaimnakah hndak mnentukan arah barat mnggunankan buruj pari?
ReplyDeleteBarat berada di arah kanan pada buruj pari
DeleteAssalamualaikum.. bagaimnakah hndak mnentukan arah barat mnggunankan buruj pari?
ReplyDeleteCg soalan ni dia tanya adakah buruk-buruk dapat dilihat pada waktu siang? Lepastu dia suruh bagi alasan
ReplyDelete*buruj-buruj
ReplyDeleteSangat berguna😊
ReplyDeleteAssalamualaikum, Izinkan saya bertanye. Buruj biduk Dan belantik menunjukkan arah selatan Dan utara. Bagaimanakah arah Timur Dan barat ditentukan?
ReplyDeletepemerhati perlu memandang ke arah selatan dan menentukan timur dan barat di sebelah kanan atau kiri pemerhati
DeleteAssalamualaikum..... nak tanya..... mengapakah buruj kadang kala tidak boleh dilihat
ReplyDeleteKerana bumi beredar mengelilingi matahari kot
DeleteMungkin kerana cuaca di bumi hujan dan langit dilindungi awan yang tebal
DeleteNak tnya..kenapa rakyat Malaysia boleh melihat buruj yang kelihatan dikedua Dua hemisfera bumi
ReplyDeletepada pendapat saya,ini kerana malaysia berada di garisan khatulistiwa.
DeleteSaya nk tnya soalan..kenapa buruj tidak wujud di angkasa
ReplyDeleteSuka hati dia lah😏
DeleteDia tanya jawab je lah
Deletecg saya nak tanya bagaimana buruj dinamakan?
ReplyDeleteMengikut corak nya
DeleteTak nmpk pun mcm mna arah timur dan barat ditentukan...
ReplyDeleteCikgu saya nk tanya bilakah kita boleh lihat buruj biduk di langit sekiranya tinggal di london
ReplyDeleteBuruj biduk dan buruj pari .
ReplyDeleteAssalamualaikum cikgu, ciri ciri buruj biduk apa?
ReplyDeleteBoleh tak bagi jawapan....mengapakah buruj tidak kelihatan pada waktu sing
ReplyDeleteKerana cahaya matahari menetupi bulan dan bintang
ReplyDeleteBilakah buruj dapat diperhatikan dan di manakah buruj pari boleh diperhatikan????
ReplyDeleteAssalam cikgu..soalan ini dia tanya DALAM SATU PENYIASATAN LAIN, BURUJ TIDAK DAPAT DIPERHATIKAN PADA WAKTU MALAM...BERIKAN ALASAN...boleh saya tahu pendapat cikgu?
ReplyDeleteMungkin kerana keadaan dibumi hujan dan buruj dilindungi awan yang tebal
DeleteAda tak buruj untuk petunjuk timur dan barat
ReplyDeleteBagaimanakah arah timur dan barat dapat ditentukan?
ReplyDeleteCikgu nak tanya...kan buruj biduk dgn buruj pari digunakn utk menentukan arah utara n selatan...camne arah timur dan arah barat dpt ditentukan?
ReplyDeleteMacam mane kalau melihat buruj yang mudah dilihat dari bumi
ReplyDeleteTerbaiklah cikgu☺️☺️☺️☺️☺️
ReplyDeleteSaya nak tanya soalan ni:
ReplyDeleteNamakan peralatan moden yang digunakan sekarang untuk menggantikan buruj.
Kompas
DeletePlay the Best Blackjack at Casinos in Maryland | Dr. Maryland
ReplyDeleteWhat is the 익산 출장샵 best blackjack? · Blackjack: 울산광역 출장안마 7-8-10; 강원도 출장샵 Poker: 10-10-12-13 · Stud Poker: 20-22-25 · The Top Roulette 상주 출장샵 Casino: 20. 광주 출장샵